Saturday 12 May 2012

# PENGENALAN

# PENGENALAN

 BADAN PERAKAUNAN PROFESSIONAL

a)      Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) - MASB  
  • Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
  • Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia
  • Fungsi dan kuasa MASB;
o   Menerbit piawaian perakaunan baru
o   Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
o   Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
o   Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam 

b) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) - MICPA
  • Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
  • Untuk menjadi ahli MICPA;
1.Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
2.mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun. 


c) Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants)-MIA
  • Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
  •  Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
  • Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA)


SEJARAH PERAKAUNAN
  •  Permulaan menyimpan rekod sejak tamadun purba.
  • Catatan tertua - catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M 
  • Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudian menjadi lebih maju setelah terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M.
  • Wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistem kewangan bermula pada abad ke-5 dan ke 6 S.M. Rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran.
  • Pada tahun 850 M, sistem angka Hindu-Arab digunakan yang dicipta oleh orang India.
  • Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada 1200-1500 S.M. Sistem ini dicipta oleh Luca Pacioli bertujuan dapat menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik.
  • Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga kini.
  • Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan. Pengenalan kepada perakaunan kos.
  • Pada akhir abad ke 19 dan ke 20, bidang perakaunan mencapai taraf profesional.
  • Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee)-IASC ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney untuk menerbitkan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards)-IAS supaya akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan.



No comments:

Post a Comment