Sunday 13 May 2012

# NOTA TINGKATAN 5

# NOTA TINGKATAN 5

BAB 1 - AKAUN KAWALAN



Akaun Kawalan Penghutang

1. Akaun yang disediakan dalam lejar am untuk mewakili semua akaun penghutang yang terdapat dalam    
    Lejar Jualan

2. Format Akaun Kawalan Penghutang 



Akaun Kawalan Pemiutang

1. Akaun Kawalan Pemiutang merupakan akaun yang disediakan dalam lejar am untuk mewakili semua akaun pemiutang yang terdapat dalam Lejar Belian

2. Format Akaun Kawalan Pemiutang



BAB 2 - PEMBETULAN KESILAPAN



 BAB 3 - PERAKAUNAN UNTUK TUNAI

Penyata Penyesuaian Bank

1. Penyata Penyesuaian Bank merupakan suatu memorandum yang bertujuan untuk menyesuaikan baki di  
    buku tunai dengan baki di penyata bank.

2. Tujuan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank :
     (a) menyelaraskan baki buku tunai dengan baki penyata bank yang berbeza
     (b) memastikan ketepatan rekod dalam buku tunai
     (c) mengemaskinikan buku tunai
     (d) menentukan nilai jualan tunai sebenar di dalam bank.

3. Sebab wujudnya perbezaan baki buku tunai dan penyata bank :
     (a) catatan dalam buku tunai tidak terdapat dalam penyata bank
           i) cek belum dikemukakan 
          ii) deposit belum dikreditkan
         iii) kesilapan dalam buku tunai

      (b) catatan dalam penyata bank tidak terdapat dalam buku tunai
           i) penerimaan oleh bank (bagi pihak pelanggan)
          ii) pembayaran oleh bank (bagi pihak pelanggan)
         iii) cek tak layan tetapi belum dimasukkan ke dalam buku tunai




Belanjawan Tunai
 1. Belanjawan Tunai merupakan satu perancangan kuantitatif yang menunjukkan jangkaan penerimaan dan 
     pembayaran tunai bagi suatu tempoh tertentu.
2. Jika aliran keluar tunai melebihi aliran masuk tunai maka perniagaan akan menghadapi masalah aliran 
    tunai.

3. Kepentingan belanjawan tunai :
     (a) menunjukkan keupayaan tunai perniagaan sama ada mampu membayar perbelanjaan pengurusan 
           perniagaan serta menjelaskan hutangnya.
     (b) untuk merancang dan mengawal penggunaan dan membelanjakan wang mengikut keutamaan serta  
           berjimat cermat
     (c) membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi masalah kekurangan tunai
     (d) maklumat tentang jangkaan penerimaan dan pembayaran tunai dan baki tunai dapat diketahui.
     (e) menjadi panduan kepada pihak bank untuk meluluskan pinjaman
     (f) membolehkan perniagaan membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang   
          sebenar dengan anggaran yang telah dibuat dalam belanjawan.


BAB 4 - PERKONGSIAN

Akaun Semasa
1. Akaun semasa merupakan akaun yang menunjukkan tuntutan perkongsian terhadap pekongsi dan 
    tuntutan pekongsi terhadap perkongsian

2. Format Akaun Semasa adalah seperti berikut :



Pembubaran Perkongsian




BAB 5 - SYARIKAT BERHAD

Syarikat Berhad



Dividen

1. Dividen merupakan sebahagian keuntungan yang diagihkan oleh syarikat kepada pemegang saham

2. Cara pengiraan dividen :


3. Jenis-jenis dividen :
     (a) Dividen Interim
         i) Dividen yang diagihkan sebelum tamat tempoh perakaunan iaitu sebelum keuntungan diketahui.
        ii) Selalunya diberikan oleh syarikat yang kukuh dan telah pasti tentang keuntungan perniagaan 

     (b) Dividen Akhir
         i) Dividen yang diisytiharkan setelah keuntungan diketahui dan dibayar kepada pemegang saham         
            pada  tempoh perakaunan berikutnya.
        ii) Bagi dividen saham keutamaan,sekiranya telah dibayar dividen interim,dividen akhir dibayar hanya   
            setakat kadar yang belum diisytiharkan sahaja.


Cara merekod Terbitan Saham




BAB 6 - KELAB DAN PERSATUAN

Akaun Yuran

1. Sumber utama pendapatan sesebuah kelab dan persatuan ialah yuran.

2. Yuran terdiri daripada :
    (a) yuran masuk
    (b) yuran tahunan/bulanan
    (c) yuran pertandingan

3. Format Akaun Yuran adalah seperti berikut :

 


Akaun Pendapatan & Perbelanjaan

1. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan ialah akaun yang mencatatkan penerimaan wang tunai dan  
    pembayaran wang tunai.
2. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan juga dikenal sebagai Akaun Wang Masuk dan Akaun Wang Keluar
3. Format Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan :
                 * Lebihan berlaku apabila pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil
                 * Kurangan berlaku apabila perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil.


BAB 7 - REKOD TAK LENGKAP 

1. Rekod tak lengkap ialah rekod perakaunan yang tidak sempurna atau tidak direkod mengikut sistem  
    catatan bergu.Oleh itu penyata kewangan perniagaan tidak dapat disediakan.

2. Punca rekod tak lengkap :
     (a) dokumen perniagaan tidak difailkan untuk tujuan merekod
     (b) kurang kemahiran dalam sistem catatan bergu
     (c) rekod perniagaan musnah akibat bencana alam
3. Kelemahan rekod tak lengkap :
     (a) imbangan duga tidak dapat disediakan untuk menguji ketepatan merekod
     (b) untung atau rugi yang dikira adalah tidak tepat
     (c) sukar mentafsir kedudukan kewangan perniagaan 
4. Terdapat dua kaedah untuk menentukan keuntungan perniagaan iaitu :
    (a) kaedah perbandingan modal
    (b) kaedah analisis


BAB 8 - PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN KOS

BAB 9 - TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN











No comments:

Post a Comment