Showing posts with label # Pengenalan... Show all posts
Showing posts with label # Pengenalan... Show all posts

Saturday, 12 May 2012

# PENGENALAN

# PENGENALAN

 BADAN PERAKAUNAN PROFESSIONAL

a)      Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) - MASB  
  • Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
  • Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia
  • Fungsi dan kuasa MASB;
o   Menerbit piawaian perakaunan baru
o   Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
o   Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
o   Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam 

b) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) - MICPA
  • Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
  • Untuk menjadi ahli MICPA;
1.Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
2.mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun. 


c) Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants)-MIA
  • Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
  •  Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
  • Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA)